Rakyat di bandar mampu miliki rumah nilai RM140 ribu seunit – Channel W

Rakyat di bandar mampu miliki rumah nilai RM140 ribu seunit

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata penduduk di bandar sebenarnya mampu memiliki rumah yang lebih luas dengan nilaian harga RM140 ribu seunit.

Beliau berkata demikian berikutan hasil perbincangannya dengan Bank Negara dimana berdasarkan pendapatan bulanan yang mereka perolehi, sebenarnya rakyat mampu memiliki rumah dalam keadaan yang lebih selesa daripada apa yang dimiliki sebelum ini.

Bagaimanapun jelasnya lagi beliau tetap akan membuat perundingan dengan Bank Negara untuk memberi kelonggaran kepada rakyat untuk memudahkan dari segi pinjaman perumahan yang ingin dipohon.

“Hasil perbincangan saya dengan Bank Negara saya sendiri pun terkejut apabila mereka menyatakan yang rakyat di bandar sebenarnya boleh memiliki rumah yang lebih luas dengan nilai RM140 ribu seunit, jadi kita akan pastikan golongan B40 khususnya untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa dan semburna agar golongan ini dapat menaik taraf kehidupan mereka,” katanya bagi menjawab Soalan yang dikemukakan ahli parlimen PKR Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar di Dewan Rakyat, Selasa.

Terdahulu Izzah meminta pihak kementerian menjelaskan justifikasi perluasan satu unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR)ke 900 kaki persegi serta implikasi pada harga seunit kediaman baru.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Zuraida perkara kerajaan negeri perlu memberi komitmen untuk memberi tawaran tanah yang yang lebih luas kepada kementerian itu supaya perancangan untuk membina Projek Perumahaan Rakyat dapat dilakukan dengan jumlah yang lebih banyak lagi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans