PRU14: Rakyat Jangan Mudah Dikelirukan – Ku Nan – Channel W

PRU14: Rakyat Jangan Mudah Dikelirukan – Ku Nan

Rakyat perlu berhati-hati dengan kekeliruan yang dibuat oleh pihak tertentu ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ini kerana tindakan itu dibuat hanya semata-mata menginginkan kuasa dan mandat dari rakyat dimana akhirnya ia akan membinasakan rakyat seluruhnya dengan tidak melaksanakan janji yang telah diberikan.

 di Selangor dan Pulau Pinang,Tengku Adnan berkata rakyat menjadi mangsa apabila berlaku masalah air di Selangor, dan tiada pembangunan rumah kos rendah di Pulau Pinang.
“Perumahan di Pulau Pinang tak ada, semua naik, Kuala Lumpur naikkan kos parking kereta, Pulau Pinang lagi semua naik cukai pintu,tanah, janji bohong semua, sama juga di Selangor, tak ada air.
“Janji mereka semua hanya retorik yang kononnya akan membuat perkara yang kononnya menyenangkan hati rakyat tapi sebenarnya tak boleh melaksanakan apa yang dijanjikan.

“Jadi hati-hati dengan mereka yang selalu mengelirukan rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Cemerlang UPSR, PT3 dan SPM 2017 di Cheras, Khamis.

Tambah Tengku Adnan lagi, tindakan itu berbeza dengan BN yang yang telah melaksanakan janj dalam manifesto yang dibentangkan dahulu.

“Beza dengan BN, pada PRU13 99.4 peratus janji kita telah laksanakan, jadi saya yakin rakyat akan terus beri sokongan kepada kita dan kita akan laksanakan apa yang tertera dalam manifesto BN dan Manifesto wilayah,” ujarnya lagi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans