Rakyat Terengganu Belum Matang Dalam Penggunaan ICT – Channel W

Rakyat Terengganu Belum Matang Dalam Penggunaan ICT

KUALA NERUS – Penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan rakyat di negeri ini dilihat serius khususnya menerusi media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Twitter.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri Dr Ghazali Taib berkata masyarakat dilihat belum cukup matang dan menggunakan media sosial ke arah perkara negatif seperti penyebaran maklumat yang belum disahkan ketulenan faktanya hingga menyebabkan ia menjadi satu fitnah.

“Dalam penggunaan ICT seperti Facebook, WhatsApps, dan sebagainya, itu adalah benda baharu dan mereka menjadi teruja… Jadi kita memerlukan masa untuk memberi kefahaman kepada mereka untuk faham dunia hari ini yang amat berbeza dengan sebelum ini.

“Kalau kita lihat apabila masyarakat mencapai tahap matang, dia boleh membuat analisis sendiri serta tidak menganggap ini sebagai satu perkara yang main-main dan tidak akan berlakunya fitnah, cerita-cerita yang tidak betul serta propaganda yang akan merosakkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Seminar Kerajaan Digital yang dihadiri kira-kira 120 peserta di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, rakyat perlu terus diberi pendidikan mengenai pentingnya memilih bahan berita yang sahih dan penguatkuasaaan undang-undang bagi mengatasi masalah penyalahgunaan ICT dalam kalangan masyarakat.

“Jika pendidikan yang efektif dan pelaksanaan penguatkuasaan tegas dijalankan secara serentak mungkin dapat mengawal mereka daripada penyalahgunaan tersebut kerana manusia ini akan mudah dibentuk apabila adanya penguatkuasaan,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa masyarakat perlu menggunakan ICT secara positif dan tidak menjadikannya sebagai tempat melepaskan perasaan sembarangan.

“Penguatkuasaan dan tindakan daripada pihak-pihak tertentu seperti polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, undang-undang, mahkamah perlu dilakukan agar penyebaran fitnah dan tohmahan menerusi media sosial dapat dikawal.

“Mungkin dengan cara ini membolehkan mereka menghentikan penyebaran fitnah palsu dan pihak berkuasa dapat membuat tangkapan terhadap mereka dan dibicarakan di mahkamah,” katanya.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans