PRU14: Syed Ali Terajui Wangsa Maju – Ku Nan – Channel W

PRU14: Syed Ali Terajui Wangsa Maju – Ku Nan

UMNO akan mengambil alih secara sementara gerak kerja di Parlimen Wangsa Maju pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan akan menyerahkan semula kepada MCA selepas daripada itu.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata
bagi mengulas tentang perlantikan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dilantik mengetuai jentera Pilihan Parlimen Wangsa Maju.

Katanya, tindakan itu diambil supaya gerak kerja boleh dilakukan dengan lancar serta tidak ada gangguan dari mana-mana pihak yang mampu menjadi penghalang.

“Saya mesti ambil tindakan kalau ada di kalangan  bahagian atau parlimen beri sokongan kepada calon, kita akan ambil alih.kalau UMNO, UMNO lah, itu yang kita akan lakukan.kita tak boleh tolerate sebab konsep kita waala. dan mesti ada sebab kenapa tak jadi calon.

“Seperti di Wangsa Maju, Setiausaha Perhubungan Negeri dan pasukan akan ambil alih peranan secara sementara  dan selepas itu kita akan bagi balik. kita taknak orang yang menjadi penghalang dari kerja yang  patut saya lakukan. saya nak menang semua kerusi, jadi saya kena kerja keras,” katanya ketika ditemui media di Cheras, Khamis.

Semalam satu surat memaklumkan bahawa Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dilantik mengetuai jentera PRU14 Parlimen Wangsa Maju tersebar menerusi WhatsApp sejak malam tadi.

Surat bertarikh 24 April 2018 itu dialamatkan kepada Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah.

Surat ditandatangani Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, iaitu Tengku Adnan sendiri dengan menyatakan keputusan pengambilalihan jentera PRU Parlimen Wangsa Maju dibuat berdasarkan perkembangan terkini demi kelangsungan BN.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans