Ranking Harimau Malaya Naik Lapan Anak Tangga ke-170 – Channel W

Ranking Harimau Malaya Naik Lapan Anak Tangga ke-170

Naik lapan anak tangga.

Ranking Harimau Malaya kembali positif apabila kedudukan terbaharu ranking dunia Fifa yang dikemas kini pada Khamis menyaksikan pasukan Harimau Malaya berada di kedudukan ke-170 dunia.

Posisi menyaksikan perubahan baik selepas anak buah Tan Cheng Hoe mencatat satu kemenangan, satu seri dalam perlawanan persahabatan A, manakala tewas pada satu lagi aksi Kelayakan Piala Asia 2018 bertemu Lubnan.

Pada 15 Mac lalu, ranking negara jatuh tiga anak tangga ke-178 dunia yang menyaksikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat keputusan mengejut untuk meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana menganggap kegagalan yang besar bola sepak negara.

Tunku Ismail dilantik sebagai presiden FAM pada 25 Mac 2017 selepas menang tanpa bertanding dan mendapat sokongan semua perwakilan.

Biarpun pelbagai desakan daripada semua persatuan bola sepak negara, Tunku Ismail kekal dengan keputusan rasminya meletak jawatan pada 25 Mac lalu.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans