Rantau Fest jamin kepuasan pengunjung – Channel W

Rantau Fest jamin kepuasan pengunjung

Kira-kira 20 peniaga akan terlibat dalam satu expo Rantau Fest yang akan diadakan di perkarangan Stadium Majlis Daerah Jelebu bermula lusa sehingga 30 September ini.

Expo yang pertama kali dianjurkan oleh Nazrie Resources akan mendirikan lebih kurang 30 buah khemah untuk para peniaga yang rata-ratanya peniaga kecil baharu dan gudang.

Menurut pengerusinya, Yumi Syazwi Johari,25 expo ini akan mempamerkan pelbagai jualan yang bersesuaian dari semua peringkat usia disamping penglibatan beberapa para artis jemputan.

“Tarikan kami merangkumi semua peringkat umur. Terdapat lelongan barangan yang murah seperti baju tshirt RM8, baju blouse dua helai RM35, kosmetic serendah RM5, jualan orkid dan flora serta penjualan anak pokok yang mampu menarik minat penggemar tanaman bunga dan tumbuhan lain. Untuk kanak-kanak, kami menyediakan hiburan seperti supaa doopaa,” katanya ketika ditemui dalam persiapan terakhir sebelum bermula expo esok.

Beliau yang masih baru menceburi bidang expo ini, berharap dengan anjuran ini akan membuka banyak peluang dan ruang kepada para peniaga kecil lain untuk lebih maju dan berjaya.

Dalam pada itu, Yumi turut menyasarkan sekitar 40 ribu pengunjung dari daerah-daerah berhampiran akan hadir ke expo Rantau Fest ini.

“Harapan saya agar expo Rantau Fest mendapat sambutan dari orang ramai yang berkunjung dan mendapat pelbagai manfaat dengan membeli secara bijak. Saya juga ingin memberi peluang untuk membantu para peniaga sekaligus permulaan bagi saya untuk mencipta nama setanding dengan expo-expo besar yang lain,”katanya.

Disamping itu juga, terdapat beberapa artis jemputan yang akan membuat persembahan bagi menjayakan expo ini. Antaranya Tuah, Shida DATA dan Ejay Samudera.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan expo yang akan berlangsung selama 10 hari ini dan tiada bayaran akan dikenakan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans