Ratusan Rakyat Indonesia Sertai Tunjuk Perasaan Bantah Facebook – Channel W

Ratusan Rakyat Indonesia Sertai Tunjuk Perasaan Bantah Facebook

Ratusan penduduk Islam mengadakan bantahan di luar ibu pejabat Facebook di ibu kota Indonesia hari ini, menuduh gergasi media sosial itu mengamalkan diskriminasi kerana menyekat beberapa laman dikendalikan kumpulan konservatif atas alasan menyebarkan kebencian.

Penunjuk perasaan, yang berpakaian putih dan termasuk anggota Barisan Pertahanan Islam (FPI) berarak dari masjid ke pejabat Facebook di Jakarta.

Jurucakap FPI, Slamet Maarif berkata kumpulan berkenaan masih merancang menggunakan media sosial itu dan berhasrat membuka akaun baru.

Sementara itu, Facebook berkata dasarnya adalah memadamkan kandungan yang melanggar piawaian komunitinya.

Jurucakap Kementerian Komunikasi Indonesia, Semuel Pangerapan, berkata: “Kami tidak pernah meminta akaun FPI ditutup.”

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans