Relax @ W – Channel W

Relax @ W

Jika stress selepas penat bekerja saban hari, kami cadangkan anda ambil masa satu jam untuk berehat sambil mendengar musik bersama kami di Relax@W.

Selama satu jam, dari pukul 9 malam hingga 10 malam, setiap hari Isnin hingga Jumaat, kami akan menyajikan lagu-lagu yang enak dan santai bersama pemandangan menarik secara live dari berbagai lokasi di seluruh dunia (dan juga dari angkasa lepas).

So sit back, stretch your legs and relax

VJ & hos: Putri Nur Ashiquin

VJ dan hos untuk Relax@W ialah Putri Nur Ashiquin.

Sambil kita relax mendengar lagu, kita juga akan berpeluang melihat apakah yang sedang berlaku diwaktu itu di tempat-tempat lain di sekeliling dunia. Kalau kita di Malaysia sedang berehat pada pukul 9 malam – bagaimanakah situasi di waktu yang sama di New York (9 pagi), Tokyo (10 malam) atau mungkin Norway (3 petang)?

Live stream di www.channelw.my

Sudah pasti cara yang paling enak untuk menikmati Relax@W ini ialah sambil berehat disofa sambil menghadap kaca TV – Channel W melalui unifi TV. Tetapi jika anda tidak dapat berada di hadapan kaca TV, anda juga boleh menonton Relax@W melalui Live Streaming di laman web kami www.channelw.my. Ianya percuma sahaja!

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans