Restu ibu lebih penting – Nik Abduh – Channel W

Restu ibu lebih penting – Nik Abduh

Restu Ibu lebih penting daripada Restu Rakyat Malaysia.

Itu ketetapan yang diambil keluarga Allahyarham Nik Aziz Nik Mat ketika ini.

Sehubungan itu, selagi tidk mendapat restu ibu, Nik Omar, anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilarang menjadi imam dan menyampaikan kuliah di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh berkata, keputusan itu dibuat secara bersama selepas keluarga besar bekas Menteri Besar itu bermesyuarat beberapa hari sebelum Ramadan.

“Saya sahkan pengakuan kakanda saya, al-Fadhil Ustaz Nik Omar bahawa beliau disekat daripada menjadi imam solat lima waktu dan menjadi tenaga kuliah di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

“Ia adalah sekatan bersifat sementara, iaitu sehinggalah al-Fadhil Ustaz Nik Omar mendapat restu bondanya,” katanya menerusi status akaun Facebooknya yang dikemas kini sejak tengah malam tadi.

Menurutnya, sekatan tersebut bukan bermakna terputusnya hubungan silaturahim, malah keluarga mereka meneruskan tradisi biasa.

“Restu seorang ibu adalah lebih besar daripada restu lima atau 10 juta rakyat Malaysia. Ibu takkan tewas di sisi Allah. Ibu adalah hujah Allah di muka bumi ke atas anak-anak,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans