Ribut Salji AS Ragut 4 Nyawa – Channel W

Ribut Salji AS Ragut 4 Nyawa

Ribut salji melanda selatan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan empat nyawa yang turut merekodkan bacaan suhu terendah di rantau itu.

Cuaca beku menyebabkan jalan raya diselaputi ais, memutuskan bekalan kuasa dan turut mengakibatkan sekolah ditutup.

Salji dan suhu paras beku juga diramalkan berlaku di wilayah tengah Atlantik dan sebahagian besar New England hingga hari ini.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) mengeluarkan amaran ribut dan saki lebat di utara Georgia hingga Virginia serta dari Massachussets hingga Maine.

Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Daerah Austin-Travis melaporkan, seorang lelaki berusia 40-an maut selepas kenderaan dinaikinya terbabas dan terjunam lebih sembilan meter dari sebuah jambatan yang beku di Austin, Texas, Selasa lalu.

Pegawai Sheriff Daerah Harriss melaporkan, seorang wanita warga emas menderita penyakit nyanyuk pula disahkan meninggal dunia di kawasan perumahan di Houston pada Rabu disyaki terdedah lama kepada cuaca sejuk.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans