Pada 9.45 pagi, ringgit berada pada paras 4.0350/0400 berbanding dolar US daripada 4.0380/0410 pada Jumaat.

Peniaga berkata terdapat aktiviti pengambilan untung dalam mata wang Amerika Syarikat itu dari minggu lepas, yang memberi sokongan kepada ringgit.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9578/9632 daripada 2.9624/9650 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6397/6446 daripada 3.6487/6524 pada Jumaat.