Roger Federer Raih Gelaran Ke-20 Grand Slam – Channel W

Roger Federer Raih Gelaran Ke-20 Grand Slam

Roger Federer menyamai rekod Roy Emerson dan Novak Djokovic apabila memenangi gelaran tenis Terbuka Australia buat kali keenam dengan menewaskan pemain Croatia, Marin Cilic 6-2, 6-7(5), 6-3, 3-6, 6-1.

Pemain berusia 36 tahun yang juga juara bertahan itu memenangi set pembukaan dalam tempoh 24 minit sebelum Cilic, yang bermain pada final pertamanya di Melbourne, menemui rentak dengan pukulan padu bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Federer tampak tidak mampu ditandingi pada permulaan set penentuan sebelum mengawal permainan dan meraih gelaran ke-20 Grand Slam.

Pemain nombor dua dunia itu melawan peningkatan usia dengan mara ke final Grand Slam ke-30.

Bintang Switzerland itu berkata, dia sebenarnya sudah bersedia untuk mengubah rekod perlawanan di Melbourne dan kini merakam statistik menang-kalah kepada 94-13.

Foto – Sky Sports

Secara keseluruhan, dia merekodkan kemenangan 332-52 sepanjang penyertaan dalam pertandingan Grand Slam.

Selepas menjuarai gelaran ketiga Grand Slam dalam tempoh setahun, Federer mengakui dia tidak tahu sampai bila dia akan terus bermain.

Pertarungan sengit di Arena Rod Laver itu berlangsung dalam keadaan cuaca panas dengan suhu mencecah 38 darjah celsius, namun cukup menghiburkan penonton yang hadir terutama penyokong Federer.

Tahniah Roger Federer!

 

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans