Roma Kena Salah di Liverpool – Channel W

Roma Kena Salah di Liverpool

Kelab bolasepak Liverpool membenam Roma di Anfield petang semalam 5-2 dengan bantuan Mohamad Salah. Dalam perlawanan pertama peringkat separuh akhir Piala Juara-Juara Eropah ini, sekali lagi stadium Anfield bergempa dengan suasana ‘Malam Eropah’ yang terkenal dan digeruni pasukan lawan.

Salah menjaringkan 2 gol pertama sebelum 3 gol lagi ditambah oleh Firmino(2) dan Mane(1). Gol pertama dijaringkan Salah dengan sepakan elegan dari luar petak penalti sementara gol kedua dijaringkan selepas menerima  through-pass dan kemudian dengan tenang mengalahkan penjaga gol Roma.

Liverpool akan membawa kelebihan 3 gol apabila melawat Roma pada 3 Mei nanti. Satu kedudukan yang selesa tetapi akibat kelalaian Liverpool melepaskan 2 gol pada lewat masa permainan, Roma menyimpan harapan untuk mengulangi kehebatan bangkit menundukkan Barcelona pada peringkat suku akhir lepas.

Liverpool akan kehilangan Alex Chamberlain yang cedera setelah hanya beraksi 15 minit di padang. Walau bagaimana pun, kebangkitan Liverpool di bawah bimbingan Jurgen Klopp terus membara. Dan persembahan menarik ini amat dihargai oleh peminat dan juga bekas-bekas pemain legenda Liverpool.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans