‘Roti Ayang’ goyang tak terkata – Channel W

‘Roti Ayang’ goyang tak terkata

Mulai menjadi viral di media sosial akan menu yang diberi nama Roti Ayang dijual pada harga RM5, hanya boleh didapati di negeri pantai timur, Kelantan.

Sesuai untuk sarapan pagi, dua keping roti tebal dan lembut dibakar, kemudia disapu kaya dan diletakkan telur goyang diatasnya menjadikan menu tersebut sudah cukup mengenyangkan bagi sesiapa yang mencubanya.

Meskipun baru empat bulan sahaja perniagaan tersebut beroperasi namun ia menjadi buah mulut orang ramai kerana keenakan Roti Ayang yang menjadi trend penduduk di kawasan tersebut.

Menceritakan keenakan Roti Ayang, Nor Hazelizan berkata, dia memilih roti yang paling lembut dihasilkan di sebuah kilang di daerah ini selain turut menggunakan kaya yang berkualiti tinggi serta telur gred terbaik.

“Dalam proses menghasilkan Roti Ayang, paling penting cara pengawalan api yang baik ketika membakar roti berkenaan bagi mengekalkan tekstur supaya tetap lembut walaupun berada dalam keadaan suhu normal.

“Kaya yang diletakkan di atas roti pula disapu dalam kuantiti yang sepatutnya, tidak terlebih dan tidak pula terkurang selain memastikan telur separuh masak, dimasak sempurna.,” katanya dipetik media.

Kafe yang diusahakan Nor Hazelizan Mamat itu menarik pandangan mata kerana penggunaan warna tema merah jambu dan berada redup di bawah pohon yang besar selain memulakan operasinya dalam suasana dingin seawal jam 6 pagi.

Nor Hazelizan berkata segala pengalaman selama lebih 10 tahun bekerja di sebuah kopitiam terkenal satu ketika dulu dicurahkan sepenuhnya kepada kafe itu dan kini Roti Ayang mendapat tempat di hati pelanggannya serta menjadi kegemaran setiap yang datang bersarapan di kafe berkenaan.

Bagi pemilihan nama Roti Ayang itu pula, Nor Hazelizan menjelaskan panggilan itu diberi oleh Imam I masjid berkenaan, Khairul Azizi Mokhtar dengan Ayang itu bermaksud sayang bersesuaian dengan Nor Hazelizan sendiri yang gemar membahasakan pelanggan dan kenalan dengan panggilan itu.

“Selain “Roti Sayang” ini, kafe ini juga menyediakan roti kukus cicah susu dan Roti Thick Toast iaitu roti bakar mentega kacang yang disapu dengan susu pekat manis. Bagi yang mahukan sarapan berbeza boleh menikmati nasi tumpang; nasi himpit; nasi Air Dingin atau nasi bungkus pelbagai jenis lauk pauk yang disediakan mengikut selera Kelantan.

“Minuman istimewa di kafe ini pula sudah tentunya kopi “kaw” dan terdapat juga teh tarik madu atau boleh cuba minuman bali madu lemon atau madu lemon bagi menyegarkan tubuh sebelum memulakan hari masing-masing,” katanya.

Bagi sesiapa yang ingin mencubanyanya, anda bolehlah pergi ke Ayang Cafe yang terletak berhadapan Masjid Diraja Long Yunus, Langgar, Kelantan Darul Naim.

 

 

View this post on Instagram

Gediks… #rotiayang

A post shared by Fizatul Amilia (@kak_amy) on

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans