Rumah Hangus Dijilat Api, Kanak-kanak 7 Tahun Rentung – Channel W

Rumah Hangus Dijilat Api, Kanak-kanak 7 Tahun Rentung

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemui rentung manakala ibunya parah akibat melecur, selepas rumah mereka musnah dijilat api pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat melecur teruk di bahagian anggota badan manakala ibunya, Siti Sarta Mohd Azmi, 26 tahun, parah selepas melecur hampir 50 peratus.

Insiden yang berlaku di Kampung Tembongon, Putatan itu turut membabitkan tiga buah rumah berdekatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zainal@John Radsung berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.35 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Tiga jentera dengan kekuatan seramai 22 anggota dari BBP Penampang, dibantu oleh BBP Kota Kinabalu, digegaskan ke lokasi kebakaran sebaik menerima panggilan orang awam.

Jelasnya berdasarkan maklumat awal, kebakaran ini membabitkan empat buah rumah dengan salah sebuah rumah hangus terbakar.

Operasi memadam berjaya ditamatkan pada jam 7.15 pagi. punca dan jumlah kerugian dalam kebakaran ini masih disiasat.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans