Rumpai Laut Sabah Berpotensi Jadi ‘superfood’ Malaysia – Channel W

Rumpai Laut Sabah Berpotensi Jadi ‘superfood’ Malaysia

KUALA LUMPUR – Rumpai laut yang kini banyak diusahakan di persisir laut Semporna, Sabah berpotensi menjadi ‘superfood’ yang boleh dipasarkan ke seluruh dunia.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata menyedari perkara itu, kerajaan akan melaksanakan program-program tertentu bagi meningkatkan penghasilan dan pemasaran produk itu yang mengandungi khasiat kesihatan yang tinggi.

“Kementerian bersama pengusaha-pengusaha rumpai laut kira-kira 1,600 orang sedang membangunkan kawasan perusahaan rumpai laut secara estet seluas hampir 1,000 hektar setakat ini.

“Selain itu, kita mesti melihat bagaimana untuk membangunkan produk hilirannya dan bagaimana untuk memasarkan, ini cabaran yang besar dan bagaimana memastikan nilai produk itu memberi pulangan setimpal kepada mereka yang mengusahakannnya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) yang ingin tahu usaha untuk meningkatkan produktiviti industri rumpai laut yang berpotensi menjadi penyumbang ekonomi penting bagi rakyat Sabah.

Ahmad Shabery berkata cabaran utama untuk membangungkan industri itu adalah meningkatkan harganya yang pada masa ini sekitar RM3 perkilogram bagi rumpai laut kering.

– BERNAMA

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans