Runtuhan Salji Akibat Gunung Berapi Meletus – Channel W

Runtuhan Salji Akibat Gunung Berapi Meletus

Empat cedera, seorang lagi dilaporkan hilang selepas gunung berapi meletus berhampiran sebuah pusat peranginan luncur salji terkemuka di Jepun yang mengakibatkan runtuhan salji.

Agensi Meteorologi Jepun menggesa penduduk berhampiran menjauhi Gunung Kusatsu Shirane selepas mengesan ‘aktiviti’ gunung berapi.

Menurut jurucakap kanan kerajaan Jepun, Yoshihide Suga, empat pelancong di dalam sebuah kereta kabel di pusat peranginan luncur salji di Gunma, barat laut Tokyo, cedera akibat cermin pecah.

Pegawai jabatan bomba tempatan, Yuji Shinohara memaklumkan empat mangsa cedera dan pihaknya sedang cuba membantu mereka.

Shinohara berkata, runtuhan salji ini disebabkan letusan gunung berapi. Pihak berkuasa juga sedang mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans