RUU Cukai Jualan2018 diluluskan – Channel W

RUU Cukai Jualan2018 diluluskan

Dewan Rakyat semalam telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 selepas bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

RUU itu diluluskan menerusi undi belah bahagi selepas pembangkang mengemukakan usul meminta perbahasan bagi peringkat jawatankuasa, diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilih.

Usul dikemukakan Ahli Parlimen BN Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2).

Peraturan itu menetapkan usul tidak boleh dibahas dan perlu diputuskan Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, kemudian mengarahkan undi belah bahagi dilakukan.

“Hasil undi belah bahagi, bilangan ahli yang bersetuju ialah 51 orang, yang tidak bersetuju 111 orang manakala yang tidak mengundi empat orang.

“Dengan ini usul dikemukakan Beluran ditolak,” katanya.

Beliau kemudian menetapkan perbahasan di peringkat jawatankuasa RUU disambung esok.

Ketika sesi penggulungan, Guan Eng bertegang leher dengan beberapa Ahli Parlimen pembangkang terutama Ahli Parlimen BN Rembau Khairy Jamaluddin yang meminta rasional pengenalan Cukai Jualan 2018 menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Dalam masa yang sama Guan Eng menjelaskan yang cukai SST mampu mengawal inflasi setelah ia dilaksanakan.

“Ramai yang tertanya-tanya sama ada pemansuhan GST dan pengembalian semula SST dapat mengurangkan beban sara hidup rakyat.

“Pengenalan semula SST diharap tidak membebankan pengguna seperti yang berlaku ketika pelaksanaan GST kerana impak SST dijangka separuh berbanding yang disebabkan GST,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans