Ryan Giggs Kendali Wales – Channel W

Ryan Giggs Kendali Wales

Wales melantik bekas pemain sayap Manchester United, Ryan Giggs selaku ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaannya.

Persatuan Bolasepak Wales (FAW) menerusi media sosial mengumumkan legenda Manchester United berusia 44 tahun itu menggantikan tempat Chris Coleman, yang sebelum ini cemerlang mengemudi Wales mara ke peringkat separuh akhir Euro 2016.

Coleman begitupun melepaskan jawatannya, November lalu susulan kegagalan Wales melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia di Russia, tahun ini.

Dia kini mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih kelab Liga Kejuaraan, Sunderland.

Giggs yang mempunyai 64 penampilan bersama skuad kebangsaan Wales di antara tahun 1991 hingga 2007, mengakui ia jawatan yang diidamkan dirinya.

Bagaimanapun, dia tidak begitu popular di kalangan sesetengah peminat di negaranya kerana sering tidak beraksi bersama skuad kebangsaan terutama aksi antarabangsa.

Dia menamatkan kariernya selaku pemain pada 2014 dan menjadi pembantu kepada Louis van Gaal di Old Trafford sebelum meninggalkan United pada 2016 selepas pelantikan Jose Mourinho sebagai pengurus.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans