Saddiq cadang ada peruntukkan ADUN pembangkang di Johor – Channel W

Saddiq cadang ada peruntukkan ADUN pembangkang di Johor

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan supaya  Menteri Besar yang baharu  memberikan  peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini.

Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, bagi memastikan demokrasi di Malaysia terus berkembang maju, pembangkang yang kuat dan berwibawa bagi memastikan kerajaan negeri sentiasa menjadi pihak yang bertanggungjawab.

“Berikan peruntukan kepada mereka bukan sebab mereka adalah pembangkang tetapi mereka akan menjadi ‘check and balance’,” katanya dalam entri terbaharu di laman sosial Facebook beliau.

Semalam, Menteri Besar baharu, Datuk Osman Sapian memberitahu, tiada peruntukan kecil pembangunan akan diberikan kepada pembangkang di negeri ini kerana itu dalah hak kerajaan yang memerintah.

Sebelum ini,  semasa UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah, pembangkang tidak diberikan sebarang peruntukan.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans