Saiful Bukhari sah bertanding PRK Port Dickson – Channel W

Saiful Bukhari sah bertanding PRK Port Dickson

Saiful Bukhari Azlan mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sekaligus  berdepan dengan lawannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saiful yang juga bekas pembantu peribadi Ketua Umum PKR itu memaklumkan Channel W bahawa beliau akan hadir ke penamaan calon esok untuk bertanding sebagai calon bebas.

Katanya, PRK ini akan menjadi platform bagi beliau menceburkan diri dalam politik.

“Saya merasakan PRK ini menjadi platform untuk saya berdepan dengan Datuk Seri Anwar, saya tidak akan membuka aib beliau tetapi, saya akan gunakan platform ini sebagai wadah perjuangan kebenaran saya dan sekaligus membantu rakyat di parlimen itu.

“Saya harap, penduduk di parlimen Port Dickson akan bersama-sama saya menentang kebatilan yang masih bebas dan saya sebagai mangsa terpaksa hidup serba kepayahan.

Proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Port Dickson akan bermula jam 9 pagi esok di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Mohamed Ellias Abu Bakar, berkata tempoh masa untuk mengemukakan kertas penamaan calon bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.

Setakat ini terdapat lima penjuru yang dilapor akan bertanding di parlimen itu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans