Difahamkan ‘Perang’ itu bermula apabila Nur Sajat di Instagram kelmarin memuat naik di Instanya, mendakwa seorang individu yang tidak dinyatakan sebagai ‘Raja Dadah’ selain memperkecilkan susuk tubuh individu berkenaan.

Safiey pula  memuat naikkan gambar di Instagramnya beserta kapsyen yang memerli seorang individu yang dikatakannya sering memuat naik video menyanyi di dalam bilik air dan dia tidak malu mengaku sebagai pondan dan tidak pernah merakamkan video dirinya menyanyai sewaktu mandi.

Sebelum ini, kedua-dua usahawan kosmetik berkenaan juga pernah ‘berperang’ di media sosial apabila Safiey dikatakan menyindir Nur Sajat sebagai munafik.

Apa pun, ini bukan kali pertama Sajat berperang atau bertegang urat dengan usahawan kosmetik.  Sebelum ini Sajat sakan berperang dengan seorang usahawan kosmetik bekas Cikgu yang telah insaf dan kembali ke dunia realiti sebagai lelaki semula.