PRU14: Salleh – Pembangkang Sudah Hilang Arah Dan Tujuan? – Channel W

PRU14: Salleh – Pembangkang Sudah Hilang Arah Dan Tujuan?

CYBERJAYA – Cubaan pembangkang untuk meletakkan PRU 14 ini sebagai permainan populariti salah konsep dan terpesong daripada tujuan asal pilihan raya sebenar.

Tegas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak tujuan utama pembangkang pada PRU14 dengan meletakkan calon sama ada di kawasan yang mereka rasa mereka pasti menang atau untuk mengalahkan calon tertentu daripada Barisan Nasional.

Mereka hanya mahu rakyat melihat pertandingan populariti calon sebelah mana yang lebih popular, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh.

Tambahnya cara itu memperlihatkan Pakatan pembangkang menghantar mesej yang salah kepada rakyat Malaysia.

“Ini bukan pertandingan tinju untuk membuktikan siapa lagi gagah dan berani. Apa sudah jadi dengan konsep berkhidmat untuk rakyat?” kata Salleh melalui catatan dalam blognya.

Beliau menegaskan bahawa tujuan pilihan raya umum diadakan adalah untuk memilih kerajaan yang lebih baik atau yang paling baik untuk negara ini.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans