Saman AES dibatalkan serta merta – Channel W

Saman AES dibatalkan serta merta

Semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak 2012 bernilai RM435 juta akan dibatalkan serta-merta.

Menurut menteri Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, operasi kamera dan saman AES akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 September ini.

“Kerajaan telah ‘berkorban’ untuk tidak mengutip saman AES ini maka semua saman AES setakat ini yang masih belum dibayar oleh orang ramai telah dibatalkan.

“Jumlah saman adalah sebanyak 3.1 juta. Dengan setiap saman AES adalah RM150, maka semua jumlah adalah RM435 juta,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, langkah itu dilaksanakan selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dua syarikat konsesi pemgendali sistem AES yang tamat pada 31 Ogos ini.

Anthony pada Jun lalu berkata, kementerian akan mengumumkan keputusan mengenai AES dalam satu atau dua bulan selepas perkara itu dibawa ke Kabinet.

Beliau ketika itu berkata, pegawai Kementerian Pengangkutan dan jabatan-jabatan berkaitan akan menyediakan cadangan konkrit dan beliau akan membincangkan opsyen dengan para pegawai tersebut sebelum membawa perkara itu ke Kabinet

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans