Sampul Ang Pau Percuma Untuk Peminat Ah Jib Gor – Channel W

Sampul Ang Pau Percuma Untuk Peminat Ah Jib Gor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengedarkan sampul ang pau secara percuma kepada peminat Facebooknya ‘Ah Jib Gor’, sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut masyarakat Cina pada 16 Februari ini.

Tahun ini merupakan tahun keenam sejak 2013 beliau mengedarkan sampul Tahun Baharu Cina edisi khas secara percuma kepada peminat laman sosial Facebook ‘Ah Jib Gor’.

“Tahun ini saya menggunakan ‘Lou Sang´ (gaul Yee Sang) sebagai tema sampul Tahun Baharu Cina itu. Selain merupakan antara makanan kegemaran saya, ‘Yee Sang´ juga turut diiktiraf sebagai makanan warisan negara, “

Menerusi  laman media sosial Facebook ‘Ah Jib Gor´ dalam bahasa Mandarin, rekaan sampul tahun ini juga unik kerana ia mengandungi karikatur Najib serta masyarakat pelbagai kaum mengadakan ‘Lou Sang´, selain gambar makanan tradisional masyarakat Cina seperti kuih bakul.

Menurut laman itu, peminat hanya perlu tekan ‘Like’ pada laman itu dan mengisi butiran peribadi seperti alamat rumah, nama penuh dan nombor telefon masing-masing menerusi pautan: http://bit.ly/1ECDzbw untuk menerima sampul berkenaan.

Setiap paket mengandungi enam keping sampul angpau dan akan diedarkan sementara stok masih ada.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans