Samsung Galaxy S9 Dilancarkan 26 Februari – Channel W

Samsung Galaxy S9 Dilancarkan 26 Februari

Model terbaharu telefon bimbit keluaran gergasi teknologi Korea Samsung Galaxy S9 disasarkan kepada pengguna yang mahukan ciri-ciri kamera yang hebat.

Ia berdasarkan pengumuman tarikh pelancaran Galaxy S9 kepada media yang mengesahkan bahawa pembaharuan utama pada S9 adalah kameranya.

Model terbaharu Samsung Galaxy S9 akan dilancarkan 25 Februari ini (waktu tempatan) di Kongres Mudah Alih Dunia (WMC) di Barcelona, Sepanyol dan juga akan disiarkan secara langsung di laman web Samsung.

Walaupun tidak mendedahkan perincian mengenai kamera terbaharu itu, jemputan ke pelancaran itu bertajuk “The Camera. Reimagined.”

Khabar angin sebelum ini menyatakan S9 akan datang dengan dua kamera di bahagian belakang telefon pintar tersebut, seperti yang terdapat pada iPhone X dan produk pesaing Android yang lain.

S9 dijangka menggunakan cip generasi terbaharu Qualcomm Snapdragon 845 yang bakal memperkuatkan kamera baharu tersebut, selain meningkatkan ciri-ciri teknologi keselamatan pada telefon pintar itu.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans