Satu Lagi Gempa Di Ranau Pagi Ini – Channel W

Satu Lagi Gempa Di Ranau Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi lemah berukuran 3.1 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 8.09 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, pusat gempa itu terletak di 6.1 utara dan 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat laut Ranau.

“Gegaran dirasai di Ranau,” kata kenyataan itu.

Semalam, gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Ranau pada 9.06 malam.

Berikutan itu, kesan gegaran dapat dirasai kebanyakan penduduk di kawasan pantai barat Sabah termasuk Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran dan Ranau.

Sementara itu, gempa bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter melanda New Ireland Region, 117 kilometer timur dari Kokopo, Papua New Guinea pada 1.39 pagi tadi.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan. -Bernama

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans