‘Saya Mahu Jadi Nombor Satu’ – Salah – Channel W

‘Saya Mahu Jadi Nombor Satu’ – Salah

LONDON: Mohamed Salah kini menyasarkan untuk memecah rekod Ian Rush bersama Liverpool, bagi jaringan terbanyak dalam satu musim.

Ketika ini, Salah berjaya mencipta jaringan ke-40 kempen musim ini apabila dia meledak gol buat Liverpool ketika menewaskan Bournemouth, pada Sabtu lalu.

Dia kini hanya tujuh gol kurang untuk menyamai rekod legenda Liverpool itu dengan 47 gol yang dilakukan pada 1983-84.

Berbaki empat perlawanan Liga Perdana dan dua saingan separuh akhir Liga Juara-Juara, bintang Mesir itu ada peluang yang baik untuk melakukannya pada penghujung musim pertamanya bersama Liverpool sejak perpindahan dari Chelsea tahun lalu.

“Ada peluang besar untuk memecahkan rekod, untuk bergelar nombor satu buat kelab seperti Liverpool, ia sesuatu yang amat besar,” kata Salah kepada Premier League Productions.

SALAH mahu pecah rekod Rush jaring lebih daripada 47 gol semusim buat Liverpool. Foto-mirror.co.uk

“Saya amat gembira jika memecahkannya. Saya gembira menjaringkan 40 gol, saya mahu terus menjaringkan gol, saya mahu menjadi nombor satu untuk rekod.

“Adalah sesuatu yang bagus untuk melihat nama anda sebaris dengan legenda kelab seperti Liverpool, ia perasaan berbeza dan saya sangat gembira mengenainya.

“Tapi saya sentiasa cuba melihat diri sendiri dan saya mahu melakukan lebih lagi. Saya sudah ada 40 gol sekarang, saya beritahu diri sendiri, ‘Kenapa tidak? Anda boleh jadi nombor satu!'”

Salah ialah seorang daripada calon utama anugerah Pemain Terbaik Tahunan, namun dia menegaskan dia lebih memberi tumpuan untuk meraikan musim yang berjaya bersama Liverpool, yang akan menentang Roma pada separuh akhir Liga Juara-Juara.

– AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans