‘Saya tak sedar ditegur’ – Channel W

‘Saya tak sedar ditegur’

Terkilan dituduh sombong, penyanyi Ismail Izzani menjelaskan dia tidak menyedari sapaan seorang jurugambar ketika menghadiri majlis pertunjukan fesyen.

Enggan melatah dengan dakwaan dilemparkan, Ismail yang mesra dengan sapaan Mael mengaku ralat dengan kontroversi melanda dirinya.

“Saya terkesan bukan kerana dikatakan sombong atau memikirkan persepsi netizen yang dilemparkan terhadap saya. Sebaliknya, saya tahu, saya bukan seperti itu.

“Saya lebih tahu diri sendiri dan tidak mahu pendapat orang ramai menimbulkan kesangsian dalam diri.

“Permohonan maaf sudah dibuat kepada pihak terbabit, cuma saya sedikit terkilan kerana dia memilih untuk bersuara di media sosial. Ini membuka ruang kepada mereka yang tidak tahu cerita, melemparkan tuduhan,” katanya dipetik media.

Ismail mengulas luahan seorang jurugambar melalui akaun Twitter yang mendakwa menegur Mael pada acara itu. Namun, penyanyi itu dikatakan tidak memberi perhatian kepadanya, malah berlalu pergi ketika diminta bergambar.

Menjelaskan apa yang berlaku, Ismail berkata, ketika itu, dia sedang berbual bersama teman-teman.

“Saya tidak perasan ada yang datang menegur. Cuma, kadang-kadang tidak semua orang faham situasi apabila kita tidak sedar senyuman atau sapaan orang lain kepada kita,” katanya.

Berkongsi perkembangan terbaru, penyanyi lagu Luar Biasa itu memutuskan menjalani pembedahan tonsil, awal tahun depan berikutan kesihatannya sering terganggu.

“Sejak kecil, saya ada masalah tonsil. Namun, semakin teruk sejak tahun lalu apabila saya sering demam dan mudah jatuh sakit.

“Jadi, saya membuat keputusan memperuntukkan sedikit masa pada tahun depan untuk menjalani pembedahan.

“Bukan apa, saya perlu berehat untuk jangka masa tiga hingga empat bulan selepas pembedahan. Jadi, komitmen kerja perlu dilangsaikan terlebih dulu,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans