Saya tak tergesa-gesa jadi PM-Anwar – Channel W

Saya tak tergesa-gesa jadi PM-Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri memerlukan masa yang sesuai sekaligus beliau tidak perlu tergesa-gesa untuk tujuan itu.

Kata Ketua Umum PKR itu lagi, ini kerana apa yang paling penting ketika ini adalah memberi sokongan terhadap kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Justeru, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahu dilihat sebagai pihak yang mahu menekan kerajaan yang baru ditubuhkan.

Bagaimanapun, katanya, jika beliau menjadi Ahli Parlimen, perkara utama yang akan dilakukan adalah menyokong kerajaan.

“Kalau saya dipilih untuk masuk Parlimen, saya akan bertindak sebagai penyokong kerajaan.

“Peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh terdekat (tetapi) melalui penyertaan (saya) dalam Parlimen.

“(Tetapi) Sekarang, kita bagi sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk mengemudi kerajaan tanpa sebarang tekanan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Khamis.

Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Selain itu, Anwar juga bercadang untuk berjumpa dengan Dr Mahathir bagi membincangkan syor untuk melakukan reformasi terhadap institusi Parlimen.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan kuasa Kabinet menteri tidak melebihi kuasa Parlimen.

“Beri peluang kepada saya untuk masuk mereformasikan Parlimen. Parlimen perlu diberi kesempatan secara demokrasi,” katanya.

Mengulas tindakan Ahli Parlimen PKR yang sanggup mengosongkan kerusi mereka untuk Anwar, beliau berkata, ‘pelawaan’ itu masih diteliti.

Beliau juga mengakui tidak berasa janggal dengan permintaan Ahli Parlimen tertentu yang mempelawanya mengambilalih kerusi mereka.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans