Sejuk Melampau di Jepun, Penduduk Bergelut Salji Tebal – Channel W

Sejuk Melampau di Jepun, Penduduk Bergelut Salji Tebal

Jepun mengalami cuaca sejuk melampau apabila suhu turun sehingga -4 darjah Celcius menyebabkan perkhidmatan ambulans berdepan hari paling sibuk sejak lapan dekad lalu.

Jabatan bomba Tokyo yang turut mengendalikan perkhidmatan ambulans berkata, ia menerima 2,826 panggilan, Rabu lalu susulan salji tebal yang menyebabkan hura-hara di antara bandar paling padat di dunia itu.

Imej di bandar Tokyo menunjukkan penduduk bergelut dengan keadaan salji tebal dan berais.

Gabungan influenza, salji tebal dan cuaca sejuk menyumbang kepada peningkatan jumlah panggilan.

Jumlah itu sekali gus direkodkan yang paling tinggi sejak perkhidmatan itu mula beroperasi pada 1936 dan jauh melebihi purata kira-kira 2,000 panggilan.

Berikutan itu, kerajaan memberi amaran keadaan berais itu akan berterusan.

Jurucakap kerajaan, Kotaro Nogami berkata, agensi cuaca mengeluarkan amaran suhu rendah di Tokyo sejak kali pertama dalam tempoh 33 tahun. Cuaca sejuk akan berterusan sehingga Sabtu.

Salji tebal luar biasa di Tokyo, Selasa lalu menyebabkan ribuan orang terkandas dan beberapa cedera.

Agensi cuaca Jepun merekodkan salji setinggi 23 sentimeter di beberapa bahagian di Tokyo.

Sekurang-kurangnya 67 orang cedera dalam kemalangan disebabkan salji dan jumlah itu dijangka meningkat memandangkan panggilan kecemasan masih berterusan.

Lebih 330 penerbangan domestik berlepas dari dan tiba di lapangan terbang di Tokyo dibatalkan susulan cuaca buruk, dengan beberapa perkhidmatan kereta api turut digantung.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans