Selamat Tinggal The Red Devils – Channel W

Selamat Tinggal The Red Devils

Zlatan Ibrahimovic mengucapkan selamat tinggal kepada Manchester United selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu bersetuju untuk menamatkan kontrak penyerang Sweden berkenaan yang dijangka berpindah ke Los Angeles Galaxy.

Dalam satu kenyataan, Manchester United mengesahkan bersetuju menamatkan kontrak Zlatan Ibrahimovic berkuat kuasa serta-merta.

“Semua di kelab ini berterima kasih kepada Zlatan atas sumbangannya kepada kelab sejak ketibaannya dan mendoakan kejayaannya pada masa depan.”

Pemain berusia 36 tahun itu, penjaring terbanyak Sweden dengan 62 gol dalam 116 penampilan, dikaitkan dengan perpindahan ke liga Amerika Syarikat yang akan mencatat satu lagi babak dalam karier gemilangnya.

“Perkara hebat juga ada penamatnya dan sudah tiba masanya saya meneruskan perjalanan selepas dua musim hebat bersama Manchester United,” kata Ibrahimovic kepada 30 juta pengikutnya di Instagram.

“Terima kasih kepada kelab, peminat, pasukan, jurulatih (Jose Mourinho), kakitangan dan semua yang berkongsi sebahagian sejarah hidup saya ini.”

Ibrahimovic meledak 28 gol dalam semua pertandingan pada musim pertamanya di United sebelum mengalami kecederaan lutut serius April lalu ketika menentang kelab Belgium, Anderlecht dalam saingan Liga Europa.

Walaupun cedera, dia ditandatangani sekali lagi oleh United pada hujung musim lalu dan kembali beraksi pada November, dengan perlawanan terakhir pada 26 Disember menentang Burnley dan sekali lagi dilanda kecederaan.

Galaxy dijangka mengesahkan perpindahan Ibrahimovic hari ini.

– Reuters

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans