Selamat Ulang tahun Tun M ke 93 – Channel W

Selamat Ulang tahun Tun M ke 93

Genap 93 tahun usia Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini, namun tetap mempunyai stamina untuk menjalankan tanggungjawab pada negara.

Ramai yang mengagumi akan kekuatannya itu, beliau merupakan Perdana Menteri tertua di dunia.

Sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ketujuh pada Mei lalu, Tun Mahathir sekali lagi memikul tanggungjawab yang sama sebagai pemimpin negara  sepanjang usia lebih sembilan dekad.

Katanya yang sudi berkongsi tentang rahsianya itu, jelas beliau gaya hidup aktif perlu diamalkan meskipun telah memasuki usia persaraan.

“Memang, saya lebih suka berehat, tapi saya ingin menasihat orang ramai agar tidak berehat bila mereka lanjut usia,” kata beliau ketika ditanya semasa lawatannya baru-baru ini ke Tokyo tentang bagaimanpun beliau boleh terus sihat.

Dr Mahathir, yang punya keistimewaan menjadi perdana menteri paling tua di dunia, menjelaskan bahawa otot-otot akan merosot jika tidak digunakan.

“Jika anda berbaring sepanjang masa, otot (akhirnya) tidak berdaya mengangkat berat badan anda, anda tidak boleh berdiri, tidak boleh berjalan. Jadi, tidak elok bila anda tua, anda berbaring dan tidak melakukan apa-apa.

“Jika anda tidak gunakan otak anda, anda tidak berfikir, anda tidak selesaikan masalah, anda tidak membaca, anda tidak menulis, otak merosot dan anda jadi nyanyuk… jadi perlu sentiasa aktif,” katanya.

Tun Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925.

Selain Itu juga Perdana Menteri itu menegaskan menegaskan pentingnya tidak makan berlebihan untuk mengekalkan stamina dan ia adalah nasihat yang diterima daripada arwah ibunya.

“Ibu saya kata, bila makanan itu sedap, berhenti,” jelasnya ringkas.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans