Selangor Tidak Boleh Guna Stadium Nasional – Channel W

Selangor Tidak Boleh Guna Stadium Nasional

Hajat pasukan Liga Super, Selangor menjadikan Stadium Nasional, Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi musim ini tidak kesampaian selepas stadium berkenaan tidak boleh digunakan.

Stadium yang mampu memuatkan kira-kira 90,000 penonton itu dikatakan padat dengan aktiviti sepanjang tahun termasuk menjadi gelanggang Kejohanan Ragbi Asia, sekali gus The Red Giants kini perlu mencari alternatif mencari venue lain sebelum kempen Liga Malaysia (Liga M) 2018 disingkap tirainya 3 Februari ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata penganjur Liga-M, Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menegaskan adalah mustahil Selangor menggunakan stadium itu sepanjang tahun.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook FAM, Tunku Ismail berkata, kedua-dua pihak iaitu pihak pengurusan stadium dan FMLLP sudah berusaha untuk bekerjasama bagi mengkaji perkara ini, tetapi mustahil untuk memberi jaminan bahawa stadium tersebut tersedia sepanjang tahun.

Pihak pengurusan stadium juga mengesahkan bahawa empat dari enam perlawanan pertama Selangor sebagai tuan rumah perlu dipinda untuk memenuhi jadual acara yang akan dilangsungkan di stadium tersebut.

Untuk mengelakkan perubahan jadual pertandingan yang lewat, Selangor dinasihatkan supaya bermain di Stadium Selayang biarpun perlawanan bakal berlangsung di sebelah petang.

Selangor bermain di Selayang tahun lalu selepas mereka tidak memperoleh kebenaran bermain di Stadium Shah Alam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal berkata pihaknya belum memutuskan untuk menggunakan Stadium Selayang sebagai gelanggang rasmi susulan perkembangan itu.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans