Selepas Dikecam, Juri Tukar Kenyatan Kata Ayam Tidak Masak – Channel W

Selepas Dikecam, Juri Tukar Kenyatan Kata Ayam Tidak Masak

Selepas Juri MasterChef UK, Gregg Wallace dikecam teruk oleh netizen gara-gara komennya tentang kulit ayam dalam masakan rendang ‘tidak  rangup’, terbaharu beliau menukar kenyataannya kepada ‘tidak masak’.

Ketika muncul dalam program televisyen Good Morning Britain  (GMB) bersama seorang lagi jurinya, John Torode pada Rabu,  memaklumkan: “Saya kata kulit (ayam) tidak rangup. Saya tidak  bermaksud ia tidak dimasak seperti ayam goreng.

“Apa yang saya maksudkan adalah ia tidak dimasak. Ia memang tidak  masak,” jelasnya.

 

Isnin lalu, peserta Malaysia, Zaleha Kadir Olpin telah menyediakan  hidangan nasi lemak dan rendang ayam untuk program MasterChef UK.

Bagaimanapun, Wallace dan Torode mengkritik rendang yang disediakan  Zaleha dan menyingkirkannya daripada program realiti tersebut.

 

 

Dalam satu laporan atas talian, Kate Garraway dari GMB bertanya kepada  Wallace untuk menjelaskan apa yang berlaku dan juri tersebut berkata  bahawa Zaleha dihantar pulang kerana masakan peserta lain lebih sedap.

Garraway mengingatkan Wallace: “Tapi anda cakap rangup” dan Wallace  membalas: “Yang pastinya, masakan terbaik pasti akan lepas (ke  peringkat seterusnya).”

 

 

Torode turut mempertahankan keputusan mereka dan berkata beliau pernah  merakamkan siri masakan di Malaysia dan menyifatkan makanan di negara  ini ‘hebat’.

Selepas mendengar komen Garraway bahawa beliau patut tahu tentang  rendang itu, Torode membalas dengan yakin: “Memang saya tahu. Saya  cakap kepada dia (Zaleha), ia tidak belum cukup masak.”

Wallace pula menjelaskan Zaleha tidak tersingkir kerana ‘kulit  rendang’ tidak rangup.

“Dia terkeluar sebab masakan lain lebih bagus,” tambah beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara yang turut mengulas pengenai penyingkiran itu selain netizen negara ini.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans