Selepas Tiga Tahun Menyepi Cosby Kembali Beraksi – Channel W

Selepas Tiga Tahun Menyepi Cosby Kembali Beraksi

Penghibur veteran Amerika Syarikat, Bill Cosby yang tercalar imejnya susulan dakwaan serangan seksual bakal kembali ke pentas hiburan buat kali pertama selepas tiga tahun menyepi.

Persembahan itu dikatakan berlangsung hanya beberapa bulan sebelum beliau dijadual untuk menghadiri perbicaraan semula.

Kehadiran pelakon dan pelawak komedi berusia 80 tahun itu adalah sebahagian daripada penampilan istimewa bagi menghormati pemain dram dan pemuzik jazz terkemuka, Tony Williams di LaRose Jazz Club di Philadelphia, kata jurucakapnya.

Cosby akan meraikan peminatnya dengan persembahan bersejarah bersama Tony Williams Jazz Quartet dan mengadakan konsert komedi khas, kata pengumuman itu. Tiket akan dijual di pintu masuk.

Ia adalah kali pertama Cosby tampil di khalayak sejak Mei 2015, apabila CNN melaporkan sekumpulan wanita di Atlanta mendakwa beliau melakukan serangan seksual.

Beliau didakwa pada Disember 2015 dan dibicarakan pada Jun tahun lalu, atas tuduhan memberi pil khayal dan mencabul seorang bekas pegawai bola keranjang sebuah universiti di kediamannya di Philadelphia pada 2004. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans