Semak Kesahihan Berita di Media Sosial – Channel W

Semak Kesahihan Berita di Media Sosial

JOHOR BAHRU – Susulan penyebaran mesej palsu yang dikaitkan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menasihati orang ramai agar menyemak kesahihan berita yang diterima.

Beliau turut memperingati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan apa-apa berita di media sosial tanpa merujuk kesahihan berita tersebut.

Semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian telah menerima makluman berkenaan kehadiran orang ramai dalam jumlah yang banyak di pasaraya Econsave Pontian susulan tersebarnya mesej yang mendakwa TMJ akan hadir memberi bantuan RM200 bagi membeli barang keperluan harian di situ.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd

Dalam satu kenyataan, Datuk Mohd Khalil berkata hasil siasatan mendapati mesej tersebut adalah palsu malah penyebaran mesej seumpama itu juga dikesan di beberapa lokasi lain di sekitar Johor.

Mohd Khalil berkata, penyebaran berita-berita, mesej-mesej atau maklumat palsu boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans