Semak Status Pengundi Baharu Sehingga 19 Februari – Channel W

Semak Status Pengundi Baharu Sehingga 19 Februari

Orang ramai boleh menyemak status permohonan pendaftaran sebagai pengundi baharu atau pertukaran bahagian pilihan raya yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dipamerkan di semua pejabat SPR negeri di seluruh negara selama tujuh hari bermula hari ini.

SPR dalam satu kenyataan berkata, ia sudah mengeluarkan senarai tuntutan bagi Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Keempat (ST4/207) yang dipamerkan di semua pejabat SPR negeri.

Menurutnya, senarai tuntutan itu akan mempamerkan nama individu yang sudah mengemukakan permohonan pendaftaran baharu atau pertukaran bahagian pilihan raya.

Menerusi kenyataan itu, SPR menyeru semua pemilih yang sudah mengemukakan tuntutan supaya membuat semakan nama mereka termasuk individu yang namanya tidak dipamerkan dalam pameran Rang DPT ST4/2017 yang diadakan sebelum ini pada 17 hingga 30 Januari lalu.

Sebarang pertanyaan mengenai pameran senarai tuntutan bagi ST4/2017 boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR melalui talian 03-88927018 atau menghubungi mana-mana pejabat SPR berdekatan.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans