PRU14: Semangat muafakat penentu kemenangan BN – Najib – Channel W

PRU14: Semangat muafakat penentu kemenangan BN – Najib

Semangat permuafakatan yang ditunjukkan oleh parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) merupakan faktor utama bagi menentukan kemenangan parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semangat itu perlu ada bagi memastikan BN kembali beroleh mandat mentadbir negara.

“Kali ini gerakkan muafakat BN. Saya hendak kita mempunyai semangat berbesar hati tidak parti mana menjadi calon. Mereka itu adalah BN.

“Kalau MCA, calon itu juga BN. Kalau MCA itu juga BN. Kalau MIC itu juga BN. Kalau ada permuafakatan ini, pada malam 9 Mei nanti saya percaya Putrajaya akan terus milik BN,” katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN merakamkan penghargaan terhadap Mohd. Shafei kerana menunjukkan taat setia dan walak terhadap parti serta kepemimpinannya.

“Beliau taat setia dan walak kepada parti serta pemimpin. Beliau kata pada saya bahawa dia adalah teman setia saya,” katanya  Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat, Ketua pada Majlis Jentera BN dan Ketua Persatuan Penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans