Senarai barang SST belum muktamad – Channel W

Senarai barang SST belum muktamad

Senarai barang dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) belum lagi dimuktamadkan.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng senarai barang tersebut masih berada di peringkat cadangan dan kini masih memerlukan maklum balas daripada orang awam untuk menggugurkan barang tertentu dari dikenakan SST.

“Sungguhpun senarai yang dikeluarkan oleh JKDM hanyalah cadangan, namun Kementerian Kewangan berpandangan adalah perlu bahawa barangan mahal yang

mewah yakni ‘big-ticket items’ haruslah dikenakan SST,” katanya dalam satu kenyataan.

Guan Eng berkata, antara barang-barang yang tersenarai untuk pengecualian adalah ‘big-ticket items’ seperti kapal terbang, kapal mewah, feri, penumpang, helikopter, kapal angkasa dan peralatan luncur salji.

Semalam Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam dalam satu sidang akhbar berkata, setakat ini jabatan hanya memuat naik senarai barangan berkadar sifar peratus di dalam portal rasmi JKDM.

Senarai barangan berkadar lima dan 10 peratus akan ditentukan minggu hadapan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans