PRU14: Sentimen Anwar Modal Wan Azizah – Penganalisis – Channel W

PRU14: Sentimen Anwar Modal Wan Azizah – Penganalisis

Bagi menyelamatkan Parlimen Pandan jatuh ke parti lain, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil tempat Rafizi Ramli untuk bertanding di situ.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Professor Dr Azizuddin Mohd Sani, Wan Azizah akan menggunakan strategi yang sama iaitu sentimen Anwar Ibrahim bagi menarik undi khsususnya golongan Cina.

“Kalau Wan Azizah menang di Pandan sekalipun, orang hanya fikirkan Anwar, bukan kerana kredabiliti Wan Azizah itu sendiri. secara peribadi Wan Azizah bukan seorang ahli politik, dia hanyalah isteri kepada ahli politik yang merupakan Ketua Umum PKR, Anwar.

“Walaupun sentimen di Pandan populasi penduduk adalah Cina, perkara ini tidak mustahil berlaku,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Parlimen tersebut bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara PKR, PAS dan MCA.

Turut dikatakan seorang lagi calon bebas turut bertanding di Parlimen Pandan iaitu bekas ahli DAP, Jenice Lee.

“Kesukaran untuk Wan Azizah untuk menang itu memang benar, namun ia terserah kepada pengundi Cina yang ta’sub kepada pimpinan parti yang sering mengingatkan bayangan Anwar untuk memenangkan Wan Azizah.

“Jika Wan Azizah kalah, PH akan malu besar” jelasnya lagi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans