PRU14: Sepang akan berwajah baru jika BN diberi mandat – Zahid – Channel W

PRU14: Sepang akan berwajah baru jika BN diberi mandat – Zahid

Rakyat Sepang diingatkan supaya tidak lagi memberi peluang kepada calon yang hanya pandai menabur janji semata kemudian memberanikan diri sekali lagi untuk mencalonkan dirinya di parlimen yang sama.

Kenyataan itu dijelaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang dipercayai merujuk kepada ahli parlimen PAN, Hanipa Maidin.


Menurut beliau, rakyat perlu sedar dengan ketiadaan langsung sumbangan Hanipa terhadap Parlimen Sepang yang seharusnya dimajukan olehnya sewaktu berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan.

“Bila saya jejak kaki di bumi Sepang ni..tengah-tengah ada KLIA.ada KLIA 2,ada DFTZ, ada kawasan industri. Lokasi yang dikenali di peringkat antarabangsa. Termasuk SIC. Malang skali keliling Sepang masih belum membangun di bawah pemerintahan pembangkang.

“Cukuplah wakil rakyat yang berdegar-degar egonya disaluti dengan najis.tapi kalau kesedaran wujud di kalangan pengundi..ia boleh diubah,” katanya lagi ketika menghadiri Majlis Pemimpin bersama Rakyat Sepang di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia (MIAT) Sepang, Isnin.


Tambah Zahid lagi, beliau secara jelas akan membangunkan parlimen Sepang ini sekiranya mandat dikembalikan kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

“Dengan kemenangan Parlimen Sepang dan 3 DUN.saya berjanji akan bawa pembangunan di luar kawasan.jalan kampung perlu dinaiktaraf.jalan persekutuan dinaiktaraf. Beri kemenangan dulu.saya akan bantu beri projek dan pembangunan,” jelasnya lagi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans