Serena Williams Hampir Mati Selepas Komplikasi Bersalin – Channel W

Serena Williams Hampir Mati Selepas Komplikasi Bersalin

WASHINGTON: Serena Williams hampir mati selepas melahirkan anak perempuannya September lalu, kata bekas juara tenis wanita dunia itu dalam ruangan tulisannya di CNN yang disiarkan semalam.

Williams baru-baru ini mendedahkan komplikasi yang dialaminya selepas melahirkan hingga mendorongnya untuk bercakap mengenai kepentingan penjagaan kanak-kanak yang berpatutan.

“Saya hampir mati selepas melahirkan anak perempuan saya Olympia, tulis Williams.

Beliau terlantar selama enam minggu akibat beberapa komplikasi termasuk embolisme pulmonari (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru), memaksanya menjalani beberapa pembedahan selepas melahirkan anak.

“Saya bersyukur dengan segala kemudahan yang tersedia termasuk pasukan perubatan dan doktor serta jururawat mengagumkan di hospital yang mempunyai peralatan tercanggih,” kata Williams

Menurut Williams, jahitan pembedahan caesarean terbuka kerana batuk teruk akibat embolisme.

Ketika pembedahan, doktor menemui hematoma (darah beku) yang besar di abdomen memaksanya kembali ke bilik pembedahan untuk prosedur bertujuan menyekat darah beku daripada bergerak ke paru-paru.

Beliau menggalakkan orang ramai untuk menyalurkan bantuan yang dapat meringankan beban ibu-ibu dan bayi baru lahir di seluruh dunia.

Williams yang pernah merangkul kejuaraan Grand Slam sebanyak 23 kali kembali ke gelanggang tenis sembilan hari lalu ketika mewakili Amerika Syarikat di kejohanan Fed Cup. – Reuters

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans