Sg Kandis Mengundi, 4 Ogos 2018 – Channel W

Sg Kandis Mengundi, 4 Ogos 2018

Channel W akan menyiarkan satu program khas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis pada Sabtu ini, 4 Ogos 2018 iaitu Program Bual Bicara ‘Sungai Kandis Mengundi’.

Bersiaran selama sejam, ia akan dihoskan oleh Fitri Hazim serta menampilkan barisan  penganalisis politik yang dijemput khas, iaitu Dr Anuar Shah Muhamad Bari, Dr Syed Agel Syed Al-Sagoff dan Dr Mazlan Ali.

Untuk makluman, program itu juga akan bersiaran secara langsung menerusi siaran 634 TV Unifi bermula jam 6.30 petang sehingga 7.30 malam.

Bual bicara itu secara dasar akan membincangkan pelbagai cerita, gosip liar sama ada yang melemahkan dan mengangkat calon yang dipertandingkan, tidak kurang juga peranan yang dimainkan media arus perdana.

Di pihak BN mempertaruhkan Datuk Lokman Noor Adam, sementara PKR meletakkan Mohd Zawawi Ahmad Mughni sebagai calon.

Terdapat seorang juga calon bebas iaitu Murti Krishnasamy sekaligus bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada PRK tersebut.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans