Shafie boleh tarik nafas lega – Channel W

Shafie boleh tarik nafas lega

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal boleh menarik nafas lega apabila Pejabat Peguam Negara memutuskan tidak akan meneruskan hasrat unuk mendakwa belia atas dakwaan penyalahgunaan dana sejumlah RM1.5 bilion di Sabah semsa menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong memaklumkan, Pejabat Peguam Negara mengesahkan Mohd Shafie tidak akan didakwa berikutan tiada bukti mencukupi untuk mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah – WARISAN itu.

Tegasnya, kertas siasatan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada 23 Mei lalu dan selepas diteliti, Pendakwa Raya pada 20 Jun lalu memutuskan pendakwaan tidak diteruskan kerana bukti tidak mencukupi bagi tindakan selanjutnya.

“Pejabat Peguam Negara kemudian memutuskan kes berkenaan sebagai ‘tiada tindakan lanjut’ (NFA) dan ‘kes untuk simpan’ (KUS) kerana bukti tidak mencukupi,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Jamilah Sulaiman di Dewan Negara, paa Selasa.

Mohd Shafie sebelum ini ditahan SPRM mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 berkaitan penyelewengan kira-kira RM1.5 bilion dana awam untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah antara tahun 2009 hingga 2015.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans