Shafie kekal Ketua Menteri Sabah – Channel W

Shafie kekal Ketua Menteri Sabah

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Ia berikutan Mahkamah Tinggi hari ini menolak kes pemula difailkan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman bagi mendapat pengisytiharan bahawa beliau adalah Ketua Menteri yang sah.

Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie, berkata isu sama ada pelantikan Mohd Shafie tidak berperlembagaan dan tidak sah adalah negatif.

Beliau berkata, tindakan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang menyokong pakatan Parti Warisan Sabah (WARISAN), DAP dan PKR sudah cukup membuktikan Musa hilang penguasaan terhadap majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jen Kie merujuk kes krisis bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai perbandingan bagi menunjukkan Musa dianggap perlu mengosongkan jawatan apabila hilang majoriti.

“Dalam kes di Perak, ia jelas bahawa apabila Kabinet termasuk Ketua Menteri dianggap mengosongkan pejabat masing-masing, ia memberi laluan kepada defendan pertama (Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin) untuk melantik defendan kedua (Mohd Shafie) bagi menggantikan plaintif (Musa) mengikut Artikel 6 (3) Perlembagaan Sabah,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans