Walau bagaimanapun Ahli Parlimen Arau itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Sementara itu, tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM25,000 serta dua penjamin iaitu anaknya, Amier Shafiq dan menantu, Muhamad Lokman Abdul Rashid.

Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Johari Hassan membuat keputusan itu selepas mendengar alasan peguam bela, Dhalia Rohana Abdul Latiff.