Shahrizat lepas jawatan Ketua Wanita UMNO – Channel W

Shahrizat lepas jawatan Ketua Wanita UMNO

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Ikuti kenyataan media beliau.

KENYATAAN MEDIA
TAN SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

1. Semasa mempengerusikan Mesyuarat Exco pada hari ini, saya telah memaklumkan bahawa saya tidak akan menawarkan diri sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia untuk pemilihan pada kali ini.

2. Keputusan untuk tidak menawarkan diri ini saya ambil kerana saya memandang serius suara lantang daripada rakyat yang mahu melihat perubahan dan pembaharuan dalam UMNO. Masanya sudah tiba untuk Wanita UMNO diketuai oleh seorang Ketua Wanita baru yang mampu membawa cara dan idea baru yang mendapat sokongan bukan hanya daripada ahli Wanita UMNO tetapi juga mendapat sokongan rakyat.

3. Wanita UMNO mempunyai ramai pemimpin yang berpotensi terdiri daripada mereka yang berpengalaman mahupun mereka yang muda dan bertenaga. Saya yakin jika mereka diberi peluang untuk memimpin Wanita UMNO, mereka akan menjalankan tugas dengan baik terutamanya untuk berkhidmat kepada rakyat.

4. Saya menyeru semua ahli Wanita UMNO terutama di peringkat akar umbi untuk mengekalkan semangat perjuangan selaku tulang belakang dalam parti. Seorang pemimpin sebenarnya diuji semasa menghadapi krisis sama ada untuk mempraktiskan kebijaksanaan, menghadapi realiti, membawa perubahan, berkorban mahupun menguatkan semangat untuk meneruskan perjuangan. Sebagai Ibu Terbaik Bangsa, walau di mana jua kita berada, Wanita UMNO mesti meneruskan perjuangan untuk Agama, Bangsa, Negara dan meneruskan perkhidmatan kepada rakyat yang berbilang kaum.

5. Saya ingin memohon ampun dan maaf jika dalam saya menjalankan tugas selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia, saya terkasar bahasa atau tersilap langkah. Terima kasih atas peluang, kepercayaan dan kesetiaan lebih 1.3 juta ahli Wanita UMNO kepada kepimpinan saya selama ini. Saya amat menghargainya. Sokongan dan perpaduan ahli Wanita UMNO lah yang memungkinkan saya menjalankan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan.

Saya berdoa semoga Malaysia dan rakyatnya terus selamat sejahtera.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans