Skuad kendalian Mladen Krstajic terlebih dahulu berada di depan menerusi tandukan Aleksandar Mitrovic seawal minit kelima selepas menerima hantaran lintang daripada Dusan Tadic.

Perlawanan seimbang di mana kedua-dua pasukan saling mengasak kubu lawan masing-masing. Switzerland memperoleh gol penyamaan pada minit ke-52 menerusi rembatan Granit Xhaka daripada luar kotak penalti.

Ketika perlawanan seakan-akan berkesudahan seri, pemain Stoke City, Shaqiri memastikan tiga mata berharga menjadi milik Switzerland pada minit terakhir permainan.

Hanya tiga pasukan daripada Kumpulan E masih mempunyai peluang untuk mara ke peringkat kalah mati selepas Costa Rica disahkan tersingkir awal apabila tewas 0-2 kepada Brazil dalam satu lagi aksi kumpulan – AGENSI