Siasatan Kebocoran Data Peribadi Masih Berjalan – Channel W

Siasatan Kebocoran Data Peribadi Masih Berjalan

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap kebocoran data peribadi melibatkan 46.2 juta pengguna telefon mudah alih di negara ini masih berjalan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Katanya, saksi-saksi yang dikenalpasti telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh pihak polis dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi bagi membantu siasatan.

“Setelah lengkap nanti, hasil siasatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang ingin tahu tindakan yang telah diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes tersebut.

Sementara itu, Jailani berkata KKMM sentiasa memandang serius isu kebocoran data dan pelbagai aktiviti pemeriksaan telah diadakan bagi memantau sistem data peribadi sesebuah syarikat pengendali data.

Kita juga ada buat pertemuan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dan mengadakan pelbagai program kesedaran di seluruh negara berkenaan isu itu, katanya.

Menurut Jailani pada tahun 2017, mahkamah sudah menjatuhkan hukuman terhadap tiga kes kesalahan berkaitan data peribadi dengan lima kes setakat tahun ini.

-Bernama

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans